Tuah pada Evra tanpa Abidal

PARIS : Patrice Evra akhirnya sudah dapat melupakan kemelut yang melanda Perancis di Piala Dunia 2010 dan kapten Manchester United itu akan memainkan peranan penting di Euro 2012 berikutan ketiadaan Eric Abidal.

Pertahanan berusia 31 tahun itu digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis dan dilucutkan jawatan kapten selepas mengetuai pemberontakan pemain sebagai tanda protes selepas Nicolas Anelka disingkirkan dari pasukan di Afrika Selatan dua tahun lalu.
Dia bekerja keras sejak kembali tetapi walaupun menjadi nadi penting bersama salah satu kelab terkemuka dunia, Evra mengakui dia tidak pernah memenuhi potensi di peringkat antarabangsa.
“Bermain untuk Perancis sama sekali berbeza dengan beraksi bersama Manchester United,” katanya di pangkalan latihan di Clairefontaine, Perancis minggu lalu.

“Untuk 100 peratus melakukan tugas anda, anda perlu beraksi bersama negara anda juga. Sehingga sekarang saya hanya bermain untuk Manchester United, jadi ia hanya 50 peratus. Saya belum merasai kegembiraan hebat bersama Les Bleus. Saya hanya memiliki memori buruk buat masa ini.”

Walaupun mengakui kegagalannya, Evra tampak tampil lebih tenang sekarang berbanding apa yang dilakukan setahun lalu selepas kembali daripada hukuman gantung enam perlawanan. – AFP
Ranking: 5

Berita JE! Tuah pada Evra tanpa Abidal? TINGGALKAN KOMEN...

TERKINI JE!

 
© BERITA JE! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO