Perancis & England hanya mampu bangkit

MADRID - Pemain tengah Sepanyol, Xabi Alonso berkata kelmarin dia percaya juara dua kali Perancis dan England mampu menyinar pada Kejohanan Eropah yang akan memulakan sepak mula di Warsaw 8 Jun ini.

Pemain berusia 30 tahun itu – yang menjadi nadi penting di sebalik kejayaan Real Madrid memenangi kejuaraan La Liga musim ini – berkata ia satu tindakan bodoh jika memandang rendah keupayaan Perancis dan England dalam kejohanan yang dianjurkan bersama Poland dan Ukraine yang berlangsung sehingga 1 Julai itu.
"Perancis dan England adalah antara pasukan yang mampu pergi jauh," kata Alonso, yang menganggotai pasukan Sepanyol yang memenangi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.
Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan itu berdasarkan pemain yang dimiliki dan sejarah masing-masing".

"Mereka memiliki naluri daya saing tinggi dan walaupun mereka tidak bercakap banyak mengenai pertandingan ini, mereka adalah lebih daripada mampu untuk mencapai sasaran mereka (untuk menang)," tambah Alonso yang sudah lebih 90 kali menyarung jersi Sepanyol sejak 2003.

Alonso, yang mempunyai musim berjaya di Liverpool dengan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara pada 2005, mengakui musim yang baru berakhir sangat meletihkan dirinya dan rakan-rakan lain tetapi mereka sudah pulih.

"Musim yang baru berakhir ini benar-benar sengit," kata Alonso merujuk kejayaan pasukannya menewaskan musuh ketat Barcelona dalam memenangi La Liga dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara. – AFP
Ranking: 5

Berita JE! Perancis & England hanya mampu bangkit? TINGGALKAN KOMEN...

TERKINI JE!

 
© BERITA JE! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO