Perancis & England hanya mampu bangkit
MADRID - Pemain tengah Sepanyol, Xabi Alonso berkata kelmarin dia percaya juara dua kali Perancis dan England mampu menyinar pada Kejohanan Eropah yang akan memulakan sepak mula di Warsaw 8 Jun ini.

Pemain berusia 30 tahun itu – yang menjadi nadi penting di sebalik kejayaan Real Madrid memenangi kejuaraan La Liga musim ini – berkata ia satu tindakan bodoh jika memandang rendah keupayaan Perancis dan England dalam kejohanan yang dianjurkan bersama Poland dan Ukraine yang berlangsung sehingga 1 Julai itu.
"Perancis dan England adalah antara pasukan yang mampu pergi jauh," kata Alonso, yang menganggotai pasukan Sepanyol yang memenangi Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.
Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan itu berdasarkan pemain yang dimiliki dan sejarah masing-masing".

"Mereka memiliki naluri daya saing tinggi dan walaupun mereka tidak bercakap banyak mengenai pertandingan ini, mereka adalah lebih daripada mampu untuk mencapai sasaran mereka (untuk menang)," tambah Alonso yang sudah lebih 90 kali menyarung jersi Sepanyol sejak 2003.

Alonso, yang mempunyai musim berjaya di Liverpool dengan kejayaan memenangi Liga Juara-Juara pada 2005, mengakui musim yang baru berakhir sangat meletihkan dirinya dan rakan-rakan lain tetapi mereka sudah pulih.

"Musim yang baru berakhir ini benar-benar sengit," kata Alonso merujuk kejayaan pasukannya menewaskan musuh ketat Barcelona dalam memenangi La Liga dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara. – AFP
Submitted by Unknown at 7:27 AM in: , share to:

Tuah pada Evra tanpa Abidal
PARIS : Patrice Evra akhirnya sudah dapat melupakan kemelut yang melanda Perancis di Piala Dunia 2010 dan kapten Manchester United itu akan memainkan peranan penting di Euro 2012 berikutan ketiadaan Eric Abidal.

Pertahanan berusia 31 tahun itu digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis dan dilucutkan jawatan kapten selepas mengetuai pemberontakan pemain sebagai tanda protes selepas Nicolas Anelka disingkirkan dari pasukan di Afrika Selatan dua tahun lalu.
Dia bekerja keras sejak kembali tetapi walaupun menjadi nadi penting bersama salah satu kelab terkemuka dunia, Evra mengakui dia tidak pernah memenuhi potensi di peringkat antarabangsa.
“Bermain untuk Perancis sama sekali berbeza dengan beraksi bersama Manchester United,” katanya di pangkalan latihan di Clairefontaine, Perancis minggu lalu.

“Untuk 100 peratus melakukan tugas anda, anda perlu beraksi bersama negara anda juga. Sehingga sekarang saya hanya bermain untuk Manchester United, jadi ia hanya 50 peratus. Saya belum merasai kegembiraan hebat bersama Les Bleus. Saya hanya memiliki memori buruk buat masa ini.”

Walaupun mengakui kegagalannya, Evra tampak tampil lebih tenang sekarang berbanding apa yang dilakukan setahun lalu selepas kembali daripada hukuman gantung enam perlawanan. – AFP
Submitted by Unknown at 7:07 AM in: , share to:

Chong Wei sudah kembali berlatih semula

ESOK atau Isnin! Itulah tempoh yang dinyatakan Tey Seu Bock untuk anak didiknya, Lee Chong Wei kembali semula menjalani latihan di gelanggang.

"Dia tidak perlu lagi menggunakan kerusi roda, sebaliknya sudah boleh berdiri dan berjalan. Malah, bengkak di buku lali juga sudah surut. Saya jangka jika tidak ada masalah, dia akan mula turun ke gelanggang menjalani latihan esok (Jumaat) atau Isnin ini," katanya semalam.
Seu Bock bagaimanapun menegaskan anak didiknya itu tidak akan dikerah dalam latihan pertamanya selepas kecederaan yang meragut impian Piala Thomasnya minggu lalu, sebaliknya akan menjalani latihan ringan dengan memfokuskan tumpuan bagi mengasah dan mempertajamkan pukulannya.
“Dia belum pulih 100 peratus, jadi kita tidak boleh memaksa dan mengerah kudratnya. Apa yang penting saya perlu memastikan program latihan yang disusun mampu membantu mempercepatkan proses pemulihan dan mengelakkan kecederaan itu daripada berulang,” katanya.

Seu Bock berkata apa yang menggembirakan ialah pemain berusia 30 tahun itu juga tampak lebih bersemangat apabila sudah mula memukul bulu tangkis ketika menjalani rawatan di hospital.

"Dia tidak lagi sedih dan tertekan seperti sebelum ini, sebaliknya lebih tenang serta gembira. Saya percaya dia akan lebih kuat selepas insiden malang yang menimpanya itu," kata Seu Bock.

Ditanya sama ada Chong Wei akan mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$600,000 (RM1.8 juta) dari 12 hingga 17 Jun ini, Seu Bock mengesahkan anak didiknya itu sudah menarik diri.
"Mengikut perancangan Terbuka Indonesia adalah pertandingan terakhir yang akan disertai sebelum Sukan Olimpik. Namun, kita memutuskan lebih baik dia menarik diri berikutan kecederaan yang dialaminya itu," katanya.
Submitted by Unknown at 5:03 AM in: , share to:

Malaysia memberi kejutan pada Pakistan
SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan bertemu pemain selepas Malaysia mengejutkan Pakistan di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi. Malaysia menang 3-2.

Muhammad Razie ledak gol kemenangan seminit sebelum tamat..
Cayalah.. muhammad razie anda membantu, mengalahkan pihak lawan (pakistan).. last-last minit

JARINGAN Muhammad Razie Abd Rahim seminit sebelum tamat perlawanan membantu tuan rumah, Malaysia mencatat kemenangan dramatik 3-2 ke atas Pakistan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2012 di Ipoh, malam tadi.

Ketika perlawanan tampak menuju seri 2-2, pakar pukulan sudut penalti negara itu menguis kencang melepasi celah kaki penjaga gol Pakistan, Imran Shah untuk menghasilkan kemenangan pertama negara dalam kejohanan edisi ke-21 itu.
Pada perlawanan malam tadi, Malaysia yang memburu kemenangan pertama sebaliknya tambah tertekan apabila lawan mendahului 2-0 selepas 12 minit saingan berlangsung.
Muhammad Umar Bhutta membuka jaringan pada minit ke-4 diikuti oleh Shafqat Rasool lapan minit kemudian.

Begitupun anak buah Tai Beng Hai bangkit melawan dan Amir Farid Ahmad Fuzi menyemarakkan semangat tuan rumah apabila menolak ke dalam gawang bola yang melantun ke arahnya dari tampanan pemain lawan, Rashid Mahmood sejurus sebelum rehat.

Malaysia menggandakan usaha pada babak kedua dan berjaya menekan hebat kubu lawan. Usaha mereka berhasil apabila penjaring prolifik, Faisal Shaari menyamakan kedudukan pada m-48.

Sementara itu, rekod tanpa kalah New Zealand lebur apabila tumpas 2-1 kepada Britain. Begitupun kekalahan itu tidak menjejas kedudukan pasukan Kiwi itu selaku pendahulu kerana masih berada di takhta carta berdasarkan kelebihan jaringan.
Jaringan Ashley Jackson pada m-18 dan Matt Daly (27) mencukupi buat pasukan ranking keempat dunia itu merakam kemenangan keduanya. Manakala gol New Zealand disumbangkan oleh Andy Haward (62) sumber: BHO
Submitted by Unknown at 4:58 AM in: , share to:

TERKINI JE!

 
© BERITA JE! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO